Thursday 24 May 2012

engkau dan hati (:

"tock, tock, tock",engkau mengetuk pintu si hati,namun si hati tetap degil dan enggan membukanya,
"tock, tock, tock, kau ketuk lg tanpa berputus asa,
namun, pintu hatiku masih lagi berkeras dan enggan terbuka buat Mu..
"Tock, tock, tock, dan engkau mengetuk lagi, lagi dan lagi
Hilang sudah tahap kesabaran ku, lalu si hati menanya engkau, "apa yang engkau mahu"
dan engkau mnjawab " aku ingin tinggal di dalam engkau dan ingin menjaga engkau"
si hati kehairanan, "mengapa engkau hendak menjaga aku, padahal aku tidak mengenal engkau, Haruskah aku mempercayai engkau?arrgh, malaslah nak melayan engkau..
Tanpa berputus asa engkau berusaha lagi untuk menambat hatinya, lalu berkata " engkau harus memberi aku peluang wahai hati, aku berjanji akan menjagaMu sebaiknya dan tidak akan mengecewakan mu, ini kerana aku bergitu menyayangimu..

**
maka dengan jawapan itu, si hati pun membuka pintu hatinya dan membenarkan engkau tinggal di dalam nya. tetapi sebelum itu, si hati mengenakan syarat kepada engkau " jagalah aku sebaiknya, JANGAN ENGKAU LUKAKAN aku, kerna jika sekali ianya luka, sukar untuk engkau pulihkan lg.. maka dengan itu, engkau pun menerima segala syarat yang dikenakan oleh hati..

Hari demi  hari, bulan berganti  bulan, tahun berganti tahun, si hati merasakan ia bertuah sekali kerna memiliki engkau yang bergitu sayang terhadap dirinya, maka tidak sia2lah ia membuka pintu hatinya untuk engkau diami. DENGAN kasih sayang yang jujur dan setia. maka engkau sentasa berada di Hati selaluu :P








No comments:

Post a Comment