Wednesday 23 May 2012

Hari pertama praktikal :D

Dengan penuh kesyukuran jane ucapkan kepada Bapa yang maha kuasa kita satu-satunya, dengan berkatnya jane lulus subjek nursing iaitu anatomy and physiology, health sciences and nursing sciences di semester-semester 1 and yang ke skarang di semester 3..dan mendapat pointer yang sangat memuaskan. Atas usaha jane sebelum ini, jane sangat gembira kerana mendapat result yang  dapat membuatkan bibirku tersenyum riang..oleh itu, ianya merupakan semangat buatku untuk terus berusaha dan berusaha lagi dan lagi. Aku ingin buktikan kepada keluargaku yang aku tidak akan mengecewakan mereka dan aku menyahut cabaran ibuku iaitu aku mampu menjadi seorang yang berjaya kelak. emm, sebenarnya, aku tidak berminat sma sekali untuk menjadi seorang jururawat, kerana aku amat takut dengan jarummm, apatah lagi melihat darah, aku dah rasa nak pitam tahap dewa, tapi entah mengapa aku menceburi bidang ini..hehe.. tapi aku percaya, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahya kan.. (:

then, lain pulak ceritanya selepas itu.... hehe !

masa tu, clinical coordinator kitaorang ada bagitau, siapa yang lulus semua subjek2 nursing akan di hantar praktikal di hospital-hospital berhampiran..  dan setelah mendengar apa yang di smpaikan oleh Miss clinical coordnt itu, hatiku mulai tak tenang dan terasa gementar sangat.. bertalu2 soalan yang aku tujukan buat diriku..
"dapatkah aku memikul tanggungjawab ini?", dapatkah aku berhadapan dengan pesakit? "sudah bersediakah aku dr fizikal dan mental?? semua ini sangat-sangat membebankan aku..
then..tiba lah saat2 yang mendebarkan lagi buat diriku..list-list nama posting telah pown keluar, namaku tersenarai dan aku ditempatkan di satu hosptal terbesar di kawasan sarawak.. (:.. em..apa nak buatkan aku terima dengan hati yang terbuka walaupun agak gementar..seblum kami semua dihantar praktikal, kami telah diberikan orentasi oleh CI (clinical instructur) selama seminggu di skill lab collge..

selepas seminggu, hari2 yang dinantikan pun telah tiba, berdasarkan duty roster yang telah diberikan, aku telah ditempatkan di male medical and surgical.  Pada week yang pertama aku telah ditempatkan di male medical,  jd CI hanya mengarahkan kami melakukan basic nursing terhadap para pesakit, memandagkan first day praktikal, kami di uji dahulu, kira ujian lah before kitaorang dilepaskan untuk menjalankan tanggungjawab yang besar.. **** sebagai pelatih yang bertuah pada waktu itu, aku dan 3 lagi sahabat aku yang lain diarahkan menjadi perlatih pertma untuk menjalankan tugas basic nursing kepada pesakit iaitu mengambil TPRBP, iaitu, mengambil TEmperature, pulse, respiration and blood pressure pesakit masing-masing.. aduii..mula2 memang mengeletar, pesakit pun takut melihat misi-misi cam x confident jak buat kerja..hehe..p nasib baik lah pak cik tu memahami sgt (pesakit),,  dorang tau, kami msh dalam process pembelajran lgi jadi dorang sangat memberikan kerjasama buat kitaorng..

** 
sepanjang praktikal, banyak benda aku dah lihat and banyak benda juga kau tahu..malah ilmu pengetahuan juga meluas.. dan saat itu aku sdikit demi sedikit minatku terhadap nursing mulai menbara-bara dari seblumnya.. thanks God.. 

Dan kini, aku merupakan pelajar Tahun ke dua di sem 5 dlam jurusan nursing ini.. aku pula sudah mulai minat di dalam jurusan yang aku ceburi sekarang dan aku berbangga kerana memperoleh pelbagai-bagai ilmu di sepanjang menjalankan sesi praktikal ini..
em, yang paling penting sekali, aku ingat sangat dengan nasihat mdm sharon yang beliau nasihatkan kat aku masa aku attchmnt dekat mat-2 ward.. 
beliau cakap " jane, kau harus rasa bersyukur dan bebangga dengan  jurusan yang kau ambil sekarang, kerana hanya kita yang berada dibidang perubatan saja yang mengetahui sgalanya..nak tau sebabnya x? sebab org x bole tipu kita sesuka ati.. hem..
puas aku fkirkan apa yang mdm maksudkan itu, dan kini aku tahu jawapan nyaa.. (: dan ianya membuatkan aku bersemangat sangat2 tau..thanks madam..(:

dan sepanjang menjalankan sesi praktikal ini, aku mulai sedar bahawa memikul tanggungjawab sebagai seorang jururawat bukan lah semudah yang disangkakan tetapi ianya merupakan pekerjaan yang mulia sekali. (: i'm proud to said that, im happy to being a student nurse from now on.. (:

*****
actually panjang ceritanya, tapi x ada idea nak ceritakan apa lg..selebihnya, biarlah diriku saja yang mengetahuinya.. hehe


okay..bye!

No comments:

Post a Comment